malay

11:47 Aug 1, 2005
Malay to English translations [Non-PRO]
Military / Defense / translater
Malay term or phrase: malay
1. Tanggal 16 Februari 2004 adalah satu tarikh bersejarah bagi negara ini kerana bermulanya satu agenda nasional yang dikenali sebagai Program Latihan Khidmat Negara. Apabila Kabinet pada 28 Mei 2003 telah meluluskan cadangan pelaksanaan Program Khidmat Negara maka hampir 400,000 belia yang berumur 18 tahun ke atas diwajibkan untuk menjalani latihan ini.

2. Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan satu program pembinaan sahsiah diri bermatlamatkan membina dan mengukuhkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional dan membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni. Jika dibuat perbandingan dengan konsep khidmat negara di luar negara, ternyata PLKN berbeza dan unik. Sebagai contoh, perlaksanaan khidmat negara yang dijalankan di Negara Thai, Singapura mahupun Amerika syarikat, lebih bertujuan ketenteraan. Berlainan dengan PLKN, ia unik kerana melibatkan semua kaum, berteraskan rukun negara, mempunyai kurikulum multi disiplin serta mempunyai imej yang tersendiri. Program ini bukanlah bersifat Kerahan Tenaga dan tidak mengikut mana-mana modul daripada luar kerana dilaksanakan mengikut halatuju jatidiri rakyat Malaysia dengan berteraskan empat modul utama.

3. Selain itu Program Latihan Khidmat Negara ini juga bertujuan untuk membentuk peribadi generasi belia yang berjiwa kental dengan menyemai unsur-unsur patriotisme serta semangat kecintaan pada agama, bangsa dan negara. Program ini bukanlah sebuah program bercorak ketenteraan sepenuhnya tetapi lebih kepada kenegaraan dengan hanya mengambil sedikit modul ketenteraan iaitu penerapan nilai disiplin dan latihan bercorak ketenteraan.

4. Persoalannya, adakah program yang memakan masa tiga bulan ini dapat menanam rapat semangat kenegaraan dan membina perpaduan nasional?. Di manakah relevannya program ini. Setelah lebih setahun perlaksanaannya, timbul perkara-perkara negatif yang menjadi isu perbualan dan perbincangan dikalangan cendiakawan. Daripada ketidakcekapan pengurusan, kagagalan sebilangan pelatih mendaftar sehinggalah kepada kegagalan sebilangan jurulatih mendapat kemudahan yang dijanjikan, diberikan liputan yang agak meluas oleh media. Insiden di luar jangkaan seperti dakwaan rogol oleh jurulatih ke atas pelatih PLKN di Terengganu, dan kematian dua orang pelatih PLKN di Sarawak dan Kelantan, selain pergaduhan antara pelatih, memburukkan lagi keadaan Adakah ini yang mahu kita sogokkan kepada mereka yang akan, sedang atau yang telah mengikuti program ini. Inilah yang menjadi kegusaran dalam segenap lapisan masyarakat Malaysia. Masyarakat mula memberikan perhatian yang serius. Ada yang positif dan tidak kurang juga ibu bapa serta organisasi yang mempersoalkan perancangan dan pelaksanaannya.
Sebuah Jawatankuasa Kabinet Mengenai Kerahan Tenaga telah dibentuk dalam Mesyuarat Kabinet pada 30 Oktober 2002 untuk mengkaji keperluan pelaksanaan Kerahan Tenaga ini. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Y.B. Menteri Pertahanan dan dianggotai oleh 7 Menteri, seorang Penasihat Perdana Menteri yang bertaraf Menteri dan 5 Timbalan Menteri.

8. Di dalam mesyuarat pertama pada 12 November 2002, Jawatankuasa Kabinet Mengenai Kerahan Tenaga telah menerima penggunaan istilah Khidmat Negara bagi menggantikan istilah Kerahan Tenaga. Jawatankuasa Kabinet Mengenai Khidmat Negara (JKMKN) telah menubuhkan 4 buah Jawatankuasa Kecil bagi membantu jawatankuasa ini menyediakan perancangan dan menyelaraskan keperluan pelaksanaan Program Khidmat Negara iaitu:

a. Jawatankuasa Kecil Kewangan.

b. Jawatankuasa Kurikulum.

c. Jawatankuasa Undang-Undang.

d. Jawatankuasa Logistik.

9. Kabinet pada 28 Mei 2003 telah meluluskan cadangan pelaksanaan Program Khidmat Negara dan Akta Latihan Khidmat Negara 2003. Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Akta Latihan Khidmat Negara pada 25 Jun 2003 manakala Dewan Negara meluluskan Rang Undang-Undang ini pada 7 Julai 2003. Program yang telah disusun dengan rapi ini akhirnya telah dilaksanakan pada Febuari 2004 dengan setiap negeri telah mengambil bahagian dengan menyediakan kemudahan dari segi penempatan dan kawasan latihan selain dari jurulatih yang telah memohon secara bertulis.

10. Program Khidmat Negara ini dilaksanakan sebagai salah satu cara untuk mengatasi masalah – masalah remaja masakini yang semakin meruncing dengan isu – isu yang tidak boleh dipandang ringan. Untuk itu PLKN dilaksanakan berdasarkan objektif seperti berikut berikut:

a. Menanam semangat patriotisme di kalangan generasi muda atau remaja Malaysia.
Masyarakat Malaysia khasnya remaja atau belia masakini jika diperhatikan telah semakin lalai dengan budaya yang mereka perjuangkan. Dimanakah hilangnya semangat patriotik belia masakini? Inilah yang cuba ditanamkan dalam diri mereka melalui program ini agar mereka lebih menghargai apa yang telah diperjuangkan oleh Bapa Kemerdekaan kita bagi memastikan masyarakat Malaysia mendapat apa yang kita rasa kini.

b. Memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional.
Dalam usaha untuk menanamkan semangat patriotik, perkara yang perlu dipertimbangkan terlebih dahulu adalah semangat perpaduan antara kaum serta integrasi nasional. Ianya dapat dibentuk dengan menjalinkan perhubungan yang rapat dan kerjasama dalam melaksanakan sesuatu perkara. Sekiranya ini dapat dibuat dengan terus menerus, secara tidak langsung akan timbul satu perasaan dalam diri mereka tentang betapa pentingnya seseorang yang dipanggil kawan tanpa mengira kaum untuk menghadapi sesuatu permasalahan yang timbul.

c. Membentuk perwatakan positif (character building) menerusi nilai-nilai murni.
Untuk memastikan semangat patriotic dan perpaduan kaum yang dibina dapat disemaikan terus dalam sanubari setiap belia, pembentukan watak yang positif juga adalah penting. Ini dapat dibentuk dengan menerapkan nilai–nilai murni dalam jiwa mereka. Antaranya adalah dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti sukarela seperti membuat kerja-kerja pembersihan dikawasan kampung, pembaikan dan kerja-kerja sukarela seperti pendidikan,kesihatan dan kebajikan.

11. Peserta. Kelompok pertama peserta yang akan menjalani Program Khidmat Negara ini adalah mereka yang lahir pada tahun 1986 yang mana sedang berada di tingkatan lima pada tahun 2003. Jumlah peserta yang disasarkan akan terlibat di dalam program ini pada tahun 2004 ialah 85,000 orang setahun daripada anggaran kira-kira 480,000 orang yang layak. Memandangkan hanya 85,000 orang sahaja yang akan dipilih untuk menjalani latihan Khidmat Negara ini, maka satu sistem pemilihan berkomputer diwujudkan.

12. Modul Latihan. Program ini dijalankan mengikut modul-modul latihan yang telah ditetapkan iaitu:

a. Modul Fizikal
b. Modul Kenegaraan
c. Modul Pembinaan Karakter
d. Modul Khidmat Komuniti

Seperti yang dinyatakan oleh Jabatan Latihan Khidmat Negara, PLKN bertujuan untuk membina generasi muda yang bersemangat patriotik, mengeratkan perpaduan masyarakat Malaysia, menimbulkan keperihatinan dan kesukarelaan, melahirkan generasi muda yang cergas, cerdas, penuh keyakinan diri dan membentuk perwatakan positif di kalangan generasi muda menerusi penerapan nilai-nilai murni. Pendekatan yang digunakan dalam menjayakan PLKN ialah dilaksanakan secara berkhemah dan berasmara, direka supaya menjadi sesuatu yang menyeronokkan, berfaedah dan akan menjadi kenangan sepanjang masa, tiada aktiviti bersifat penderaan, proses pembelajaran yang menarik minat serta berbentuk experimental learning dan mengutamakan semangat muhibah dalam semua aktiviti yang dijalankan. Inilah kelebihan pelaksanaan program ini.

14. Seperti yang dinyatakan, PLKN ini mengambil masa selama tiga bulan yang meliputi empat modul utama iaitu Modul Fizikal, Modul Kenegaraan, Modul Pembinaan Karakter dan Modul Khidmat Komuniti. Modul Fizikal dijalankan selama sebulan di kem-kem yang ditetapkan dan bulan berikutnya, peserta PLKN akan ditempatkan di IPTA yang terbabit bagi mengikuti modul-modul yang seterusnya.

15. Apabila meneliti empat bentuk modul yang disampaikan kepada peserta, terbukti program ini mampu membentuk jati diri remaja. Sebagai contoh, Modul Fizikal dirangka
untuk membina kemahiran dan ketahanan mental, emosi, spiritual dan fizikal bagi menjadikan peserta Program Latihan Khidmat Negara sebagai warganegara yang berkesan. Secara khususnya, latihan-latihan yang dilalui dapat mengeratkan perpaduan di kalangan peserta, mempertingkatkan ketabahan mental bagi tujuan hidup (survival), daya kepimpinan, disiplin dalaman, keyakinan diri, kemahiran bekerja sebagai ahli satu pasukan, kemahiran menyelesai masalah, membuat keputusan secara individu dan dalam kumpulan. Di samping itu, peserta akan dilatih oleh para jurulatih untuk mempelajari melalui pengalaman dalam aktiviti-aktiviti seperti kawad, kraf hutan, pertolongan cemas, membaca peta, kompas, latihan pandu arah, menyeberangi sungai, merempuh halangan, aktiviti menggunakan tali (litar tali tinggi dan rendah), merentas desa, seni mempertahankan diri, aktiviti air, kembara hutan dan lain-lain. Modul ini dilaksanakan selama empat minggu di dalam dan di persekitaran tapak perkhemahan.

16. Menyentuh modul Kenegaraan pula, ia bertujuan untuk memperluaskan pengetahuan tentang kenegaraan (nation-building) dan meningkatkan perasaan cinta serta pengorbanan para peserta program kepada negara. Melalui latihan dalam kumpulan, jurulatih memimpin kumpulan untuk mempelajari tentang kenegaraan yang merangkumi tanah air, rakyat, kerajaan, kedaulatan dan cabaran-cabaran dalam dan luar negara.

17. Melalui elemen Tanah Air, peserta akan dibantu membina serta memupuk rasa sayang kepada tanah air dan sanggup mempertahankannya. Peserta membincangkan tentang negara dari segi aspek geografi, keindahan bumi ini, hasilnya, sempadan dan lain-lain. Peserta dapat mengetahui asal-usul pelbagai ras, etnik, membina rasa sayang sesama etnik dan antara etnik, memahami kepentingan bersatu-padu melalui aktiviti seperti menganalisis fakta tentang etnik, mengharmonikan perbezaan, memahami persamaan dan sebagainya melalui elemen Rakyat. Ini sepertimana yang dipaparkan di dalam Utusan Malaysia bertarikh 5 April 2005 di mana program ini telah berjaya memperlihatkan keberkesanan dalam mempertingkatkan interaksi antara kaum. (Kembaran A)

18. Elemen Kerajaan pula membantu peserta memahami bagaimana negara (tanah air, rakyat, kedaulatan) ini ditadbir dan diurus, melalui sistem pentadbiran, undang-undang, perlembagaan dan lain-lain. Peserta memahami kepentingan dan cara untuk mempertahankan kebebasan negara melalui elemen Kedaulatan. Cabaran dari dalam dan luar negara juga diperbincangkan supaya peserta menyedari peluang dan ancaman yang datang secara berterusan. Modul ini dilaksanakan selama tiga minggu dan pelbagai kaedah digunakan seperti lawatan, simulasi, lakonan, dinamik kumpulan, menonton gambar, melukis, berdebat, mentafsir peristiwa dan lain-lain.

19. Modul Pembinaan Karakter, ia bermatlamatkan untuk membina karakter yang berkesan bagi para peserta yang merangkumi diri, keluarga, komuniti dan negara. Terdapat dua komponen yang akan dilalui peserta di mana yang pertama berfokus kepada pembinaan diri dan kedua adalah tentang diri dengan orang lain.

20. Di dalam komponen pertama, peserta melalui proses penerokaan diri sendiri, menyedari dan mengenal pasti ciri-ciri diri (seperti aspek kepimpinan), memperkayakan kekuatan dan memulihkan kelemahan diri. Peserta menyedari tentang penglibatan orang lain dalam kehidupan mereka, mengetahui kemahiran untuk bekerja sebagai ahli satu pasukan, cara bertindak sebagai pemimpin dalam kumpulan, dan mengatasi masalah di dalam kumpulan semasa melalui komponen kedua modul ini. Melalui Kedua-dua komponen ini akan menjadikan pelajar menghayati tentang kejujuran, membuat pilihan, bertanggungjawab, memimpin, menunaikan janji (komitmen) dan membina keyakinan diri.
21. Seterusnya, Modul Khidmat Komuniti adalah untuk mempertingkatkan semangat kesukarelaan di kalangan peserta. Para peserta mempelajari melalui pengalaman di kawasan kejiranan, dalam kerja perkhidmatan sosial, alam sekitar dan kemudahan awam. Aktiviti sukarela yang dijalankan adalah seperti mengkaji keadaan di lokasi tema-tema tersebut, mengenalpasti masalah yang ada,memberi cadangan, membuat kerja pembaikan, pembersihan, penceriaan, pengindahan dan lain-lain. Keadaan ini dapat dilihat bilamana malapetaka tsunami melanda negara dan bagi memperaktikkan modul ini seramai 356 peserta program dari Kem Tasoh, Padang Besar bergotong-royong membersihkan kawasan yang dilanda ombak besar tsunami di Kuala Sungai Baru, Kangar, Perlis. (Kembaran B)
22. Bagi tema kejiranan, perkhidmatan sukarela dilaksanakan untuk keluarga atau penduduk di kawasan perumahan, kampung, kampung baru, ladang, rumah panjang, rumah pangsa, kampung orang asli, FELDA dan lain-lain. Sumbangan kerja sukarela dalam perkhidmatan sosial meliputi aspek kesihatan, pendidikan, kebajikan, perumahan dan sebagainya dalam organisasi, institusi, pertubuhan kerajaan ataupun badan bukan kerajaan.

23. Bagi alam sekitar pula, peserta membantu memelihara alam sekitar termasuklah hutan, sungai, kawasan pertanian, penternakan, perindustrian, pantai dan sebagainya. Kerja sukarela juga dilakukan ke atas kemudahan awam yang disediakan seperti taman rekreasi, pasar, stesen bas, keretapi, perpustakaan, lif, taman permainan, tandas awam, pondok telefon, dewan orang ramai dan lain-lain. Modul ini dilaksanakan selama tiga minggu, dan setiap kumpulan peserta dipimpin oleh seorang jurulatih.

24. Berdasarkan empat modul yang diterapkan melalui PLKN ini, secara langsung atau tidak langsung, ia mampu membina jati diri remaja Malaysia dalam menghadapi cabaran globalisasi dan mengatasi masalah sosial yang semakin meruncing sekarang
25. Umum tahu, PLKN tercetus daripada reaksi kerajaan untuk mengatasi pelbagai krisis social melibatkan golongan muda yang boleh mengancam keharmonian negara. Trend budaya remaja yang tidak sihat di Malaysia menimbulkan kebimbangan semua pihak dan tindakan segera kerajaan menangani masalah ini harus dipuji. PLKN juga memupuk remaja menjadi golongan yang lebih berdisiplin.

26. Walaubagaimana pun perlaksanaan program ini banyak diragui kerelevannannya. Pelbagai insiden berlaku yang mencemarkan niat murni inspirasi pelaksanaan program ini. Contohnya berita tentaang pergaduhan yang berlaku dalam kalangan pelatih boleh menggugat kredibiliti program ini kepada masyarakat. Laporan yang menyatakan kira-kira 10,000 senjata berbahaya yang dirampas daripada kesemua 41 kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di seluruh negara dan dikenal pasti milik para peserta yang terlibat dengan kumpulan samseng telah memburukkan lagi keadaan. (Kembaran C)

27. Kejayaan PLKN amat bergantung pada pelaksanaan dan matlamatnya, juga kualiti jurulatih dan semangat kerja berpasukan serta think-tank yang dibentuk agar memberi kesan pembelajaran yang baik kepada pelatih program. Jurulatih dan tenaga pengajar yang berkualiti rendah, tidak mempunyai kredibiliti, tidak pandai mengurus, tidak kreatif dan inovatif serta tidak memiliki cirri kepimpinan yang baik merupakan antara kelemahan yang perlu ditangani segera.

28. PLKN yang bermula pada bulan Januari 2004 dengan pemilihan 80,000 orang remaja di seluruh Negara mendapat peruntukan daripada kerajaan kira-kira setengah billion ringgit. Walaubagaimanapun, kira-kira 10 000 orang remaja yang layak menyertai program ini didapati gagal melaporkan diri kerana beberapa sebab tertentu. Setelah beberapa tindakan dijalankan termasuk menyerahkan senarai mereka yang ingkar ke Bukit Aman untuk tindakan susulan, maka lahirlah seorang remaja iaitu Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi, 18, menjadi remaja pertama di negara ini yang dihukum oleh mahkamah kerana gagal menghadiri Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Beliau, yang tinggal di Kampung Titi Serong, Jalan Kuala Perlis, dijatuhi hukuman denda RM600 atau 14 hari penjara oleh Mahkamah Majistret, Kangar. (Rujuk Kembaran D). Tetapi ramai yang mempersoalkan hukuman terebut kerana remaja berkenaan mengalami kesempitan hidup yang memaksa beliau untuk tidak menghadiri latihan berkenaan. Isu ini mendapat perhatian masyarakat sehingga Menteri Besar Perlis, Dato Seri Shahidan Kassim membantu dengan membayar denda tersebut.

29. Dari segi perancangan dan pelaksanaan, PLKN mempunyai banyak kelemahan yang perlu diperbaiki. Penilaian secara menyeluruh perlu dibuat bagi memantapkan lagi keberkesanan program ini. Oleh sebab PLKN ditiru dan menggunakan perunding barat, maka corak pembinaan watak juga lebih mirip kepada Barat yang tidak menekankan nilai kerohanian. Kelemahan ini perlu diperbaiki supaya kesan positif yang dihasilkan oleh program latihan ini akan lebih harmoni.

30. Latihan yang rigid dan lasak juga boleh menimbulkan emosi kepada peserta yang boleh menyebabkan berlakunya pergaduhan. Ini kerana remaja ini bukan mengikuti latihan untuk menjadi seorang tentera. Sebaliknya latihan ini bertujuan untuk melahirkan remaja yang berjiwa Malaysia. Jika pendekatan tentera terlalu difokuskan, berkemungkinan tekanan yang dialami oleh peserta bertambah teruk. Sekiranya pendekatan tentera ini dirasakan perlu untuk mereka maka sewajarnya perlu dipastikan kesemua mereka harus bersedia dari segi mental, emosi dan fizikal untuk mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan.

31. Imej buruk yang dipamerkan oleh pelatih yang suka berpeleseran selepas tamat sesi latihan merupakan suatu budaya yang tidak sihat. Dalam sesetengah keadaan, peserta dibebaskan begitu sahaja tanpa melakukan aktiviti yang berfaedah.

33. Pergaulan bebas antara peserta lelaki dan perempuan memberi gambaran kurang sihat kepada masyarakat dan bercanggah dengan nilai ketimuran. Walaupun latihan yang diberi bertujuan untuk merombak benteng halangan gender, kaum dan agama,, pihak terbabit perlu mengambil kira sensitiviti agama dan gender demi menjaga keharmonian agama.

34. Integriti PLKN tercemar apabila berlakunya keruntuhan moral semasa latihan seperti jurulatih merogol pelatih wanita (Rujuk Kembaran E) dan kematian seorang peserta lelaki India yang lemaskerana dipaksa mandi di sungai. Hal ini akan menimbulkan hilang rasa kepercayaan dalam kalangan ibu bapa dan masyarakat. Ketidakperihatinan terhadap pelatih yang mengalami masalah kesihatan juga telah memburukkan lagi keadaan sepertimana yang terjadi ke atas anak seorang peneroka Felda, Kuantan iaitu Nuraini Abu Bakar, 18 tahun yang mengalami penyakit misteri.
(Rujuk Kembaran F)

35. Kelemahan juga ketara dari segi pemantauan program kerana banyak barlaku hal yang tidak diingini dan menimbulkan masalah integriti. Integriti merupakan aspek penting dalam pelaksanaan sesuatu program terutama hal-hal yang melibatkan soal keselamatan, maruah dan kepercayaan orang ramai terhadap PLKN. Oleh demikian sebarang bentuk salah laku dan penyelewengan yang dilakukan oleh pihak yang terbabit perlu dikenakan tindakan yang sewajarnya.

36. Pelaksanaan PLKN juga membabitkan banyak pihak lain seperti universiti tempatan yang digunakan sebagi tempat latihan bagi melaksanakan modul kenegaraan dan khidmat sosial. Jadual pengajian di universiti juga terpaksa diubah dan ini menjejaskan pengambilan, kemasukan dan jadual pengajian pelajar. Aktiviti di universiti juga terpaksa dikurangkan bagi memberi laluan kepada PLKN. Hal ini menjejaskan pembelajaran dan konsentrasi pelajar. Ada pelajar IPT yang terjejas kerana mengikuti program ini sehingga mengabaikan pelajarannya. PLKN juga menjejaskan perancangan sesetengah ibu bapa yang bercadang menghantar anak mereka untuk menyambung pengajian selepas tamat belajar.



RECOMMENDATION

37. Projek PLKN ini menelan belanja yang amat besar iaitu kira-kira RM 500 juta bagi setiap latihan dalam tempoh tiga bulan. Perbelanjaan sebenarnya mungkin melebihi jumlah ini disebabkan perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan. Soalnya bukan belanja yang besar tetapi sejauh manakah program ini memberi kesan kepada remaja atau peserta? Adakah peserta yang telah mengikuti latihan ini memiliki ciri generasi muda yang cemerlang dan berguna kepada masyarakat, bangsa dan negara? Jadi semua ini akan menjadi satu kerugian jika hasil yang diharapkan hanya khayalan semata-mata.

38. Pelbagai aspek perlu dikaji semula bagi memantapkan lagi kualiti pelaksanaan program ini. Antaranya ialah lanjutan PLKN dalam bidang ketenteraan. Banyak persoalan timbul tentang nasib mereka yang tidak cemerlang dalam pelajaran. Selepas tiga bulan menjalani latihan ini, apakah ia akan mengubah nasib meraka dan menjanjikan sesuatu yang baik pada masa depan mereka?. Kemana mereka akan pergi selepas ini? Oleh yang demikian sekiranya PLKN ini terdapat lanjutan dalam bidang ketenteraan maka ini akan membolehkan mereka menyertai pasukan berunifom dan seterusnya mengurangkan masalah pengangguran dari kalangan remaja yang telah menamatkan pengajian meraka.

39. Sekiranya ini terlaksana maka cadangan untuk peserta didedahkan dengan penggunaan senjata api sebagai sebahagian modul latihan perlu dikaji semula. Penggunaan senjata ini perlu dikawal untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. Perlu ditegaskan di sini, tidak semua remaja di Malaysia, berpeluang untuk menggunakan senjata api melainkan mereka yang terlibat dengan kegiatan kokurikulum Persatuan Kadet Bersatu Malaysia sahaja setakat ini yang berpeluang untuk mengikuti latihan persenjataan ini. Disamping itu juga pelaksanaan modul fizikal yang memfokuskan latihan ala ketenteraan perlu dinilai dan diperbaiki untuk menjadikan ianya sesuai untuk digunapakai kepada setiap peserta yang mengikuti latihan ini. Oleh yang demikian sekiranya lanjutan dalam bidang ketenteraan dipraktikkan maka pendedahan awal telah dilaksanakan kepada mereka disamping bagi mewujudkan semangat untuk berbakti kepada negara.

40. Terdapat juga sesetengah aktiviti fizikal yang dijalankan telahpun dialami oleh mereka sebelum ini di sekolah. Oleh yang demikian sekiranya program ini mahu meninggalkan kesan yang mendalam kepada peserta ia perlu diberi pembaharuan yang lebih konstruktif. Perubahan ini mungkin akan memperkembangkan lagi kemahiran dan ketahanan mental melalui latihan fizikal tersebut disamping unsur keseronokan yang perolehi.

41. Pendedahan kepada persekitaran latihan yang berbeza juga adalah perlu bagi mewujudkan kelainan disamping memberi pengalaman kepada peserta-peserta program ini. Kaedah persekitaran latihan yang rigid buat masa ini perlu dinilai semula agar pelaksanaannya benar-benar berkesan.
43. Aspek kenegaraan yang meliputi keperluan remaja untuk menjadi warganegara yang dinamik dan progresif merupakan pengisian penting yang perlu diambil kira dalam latihan ini. Jadi penambahbaikan kearah ini perlu dilakukan dari semasa ke semasa agar remaja mendapat sesuatu yang berfaedah dan yang terbaik untuk menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang.

44. Pemilihan tenaga pengajar dan jurulatih juga perlu dinilai semula. Hanya mereka yang berwibawa dan berkelayakan sahaja perlu dipilih agar matlamat program ini tercapai. Seharusnya kesemua tenaga pengajar dan jurulatih perlu menjalani latihan yang agak sama dengan remaja ini agar mereka mendalami pengisiannya dengan sempurna.
45. Sesungguhnya pelatih atau peserta yang dipilih dalam PLKN adalah berdasarkan peringkat umur di antara 18 tahun hingga 21 tahun yang mempunyai latar belakang sosiobudaya, agama, kaum, jantina dan geografikal serta pengalaman yang berbeza. Sebahagian besar daripada mereka ini belum bekerja, masih meneruskan persekolahan atau pengajian, dan ada yang sudah mendirikan rumahtangga. Latar belakang pelatih yang berbeza-beza ini dipilih bagi memenuhi matlamat untuk memupuk integrasi kaum ke arah perkembangan integrasi nasional. Pendekatan yang digunakan dalam latihan cuba menghindari sentimen perkauman dan lebih menekankan persefahaman antara kaum agar terbina masyarakat Malaysia yang cinta akan negara.

46. PLKN amat relevan bagi memupuk dan meningkatkan pencapaian matlamat pembinaan negara (nation building) dan ketahanan negara (resilience nation). Sesebuah negara mampu menjadi terbilang dan gemilang sekiranya remaja mempunyai kualiti dan dapat membantu diri sendiri untuk mencapai kemajuan.

47. Oleh sebab itu, PLKN tercetus daripada reaksi kerajaan untuk mengatasi pelbagai krisis sosial melibatkan golongan muda yang boleh mengancam keharmonian negara. Trend budaya remaja yang tidak sihat di Malaysia menimbulkan kebimbangan semua pihak dan tindakan segera kerajaan menangani masalah ini harus dipuji. Jangan jadikan segala kerumitan dan permasalahan yang timbul sebagai alat untuk menunding jari mencari kesalahan yang tidak ada noktahnya. Kesalahan ada di mana-mana jika niat untuk mencarinya sentiasa ada di sanubari. Dalam situasi ini, rakyat Malaysia perlu bahu-membahu bagi mengatasi segala permasalahan yang wujud agar PLKN mencapai objektif yang disasarkan. Sesungguhnya remaja kini merupakan tonggak harapan bangsa dan negara.
robert don juan


Summary of answers provided
1 +1malay
malaybuddy


  

Answers


3 hrs   confidence: Answerer confidence 1/5Answerer confidence 1/5 peer agreement (net): +1
malay


Explanation:
Malay = a person of Malay descent; the language of this people and it belongs to the Malayo-Polynesian language group and is spoken in Malaysia.

malaybuddy
Local time: 00:45
Native speaker of: Malay

Peer comments on this answer (and responses from the answerer)
agree  Jan Sundström
625 days
Login to enter a peer comment (or grade)



Login or register (free and only takes a few minutes) to participate in this question.

You will also have access to many other tools and opportunities designed for those who have language-related jobs (or are passionate about them). Participation is free and the site has a strict confidentiality policy.

KudoZ™ translation help

The KudoZ network provides a framework for translators and others to assist each other with translations or explanations of terms and short phrases.


See also:
Term search
  • All of ProZ.com
  • Term search
  • Jobs
  • Forums
  • Multiple search